Friday, July 5, 2013

Botani Lada



BOTANI LADA 

Lada ( Piper nigrum L )  tergolong dalam keluarga Piperacea mempunyai lebih kurang 10 genera. Genus Piper sahaja mempunyai lebih dari 100 spesis. Kebanyakannya adalah jenis herba dari pokok memanjat atau renek.



STRUKTUR

Lada adalah sejenis tanaman saka berkayu yang memanjat, boleh mencapai hingga 10 m atau lebih. Dalam keadaan penanaman yang sempurna serta ketinggian yang terkawal, pokok akan berbentuk turus rimbun 4 m tinggi dan 1.5 m garis pusat.

a. Akar 
Bila dibiakkan, akar tompang pada buku yang tersentuh dengan tanah akan tumbuh dan membesar untuk membentuk sistem pengakaran lada hitam. Bilangan akar rerambut yang akan menjadi akar utama adalah bergantung kepada bilangan buku yang tertanam dalam tanah dan juga alam sekitar pertumbuhan. Akar tumbuh di dalam tanah hingga 1m dalam, kumpulan akar tohor berada di antara 30-60 sm di bawah permukaan  tanah. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada akar tohor berada di atas 40 sm bagi pokok berumur 4 tahun. Perkembangan akar berubah bergantung kepada kepadatan tanaman.

b. Batang   
Batang atau cabang yang memanjat boleh dibahagikan kepada buku dan ruas. Buku adalah bahagian sendi yang sedikit membengkak, darinya terbit daun, mata tunas ketiak akan membesar untuk membentuk dahan berbuah. Panjang ruas adalah di antara 5-10sm.

Batang adalah orthotropik (menegak) , memanjat dan memberikan rangka kepada pokok di mana garis pusat di antara 4-6sm di bahagian dasar dan berkayu dengan  kulit tebal semacam kepingan.

Dahan berbuah pula adalah sympodial (puncalah) dan plagiotropik ( giliran kosong ) iaitu boleh bercabang pada batang dan tumbuh serong dari batang lurus (membnetuk sudut). Ianya tidak menegluarkan pucuk memanjat, oleh itu tidak digunakan  untuk pembiakan.

Batang juga mempunyai stolon (tunas air atau rayapan) yang merupakan pucuk orthotropik yang tidak produktif. Panjang ruas ialah di antara 10-25 sm dan bukunya tidak nyata. Dalam tempoh tertentu, bila tidak diganggu, stolon akan melentur, menjalar di tanah lalu membentuk akar.

 
c. Daun
Batang, dahan berbuah dan stolon  mempunyai daun ringkas berselang, petiol 2 -5 sm panjang dan beralur di atasnya, stipul sisi menjadi hitam dan gugur awal, lai daun licin, hijau tua dan berkilat di permukaan, hijau pucat dan berbintik kelenjar di bahagian bawah , dengan tekstur yang berbulu.

Saiz daun adalah berbeza di antara kultivar, iaitu di antara 8-20 sm panjang dan 4-12 sm lebar. Biasanya terdapat 5-7 uratdaun utama. Bentuk lai daun ialah bujur telur, bahagian pangkal serong, cakah, bulat dan hujungnya runcing (tirus).
 Gambar Rajah 1: Kaedah Penanaman Lada

d. Jambak Bunga 
Jambak   bunga terbit pada buku bertentangan dengan daun atas dahan berbunga atau dahan sisi, berukuran di antara 3-15 sm panjang, mempunyai 50-150 bunga yang ringkas dan halus tersusun dalam bentuk spiral yang tak nyata. Urutan pembentukan bunga ialah dari pangkal ke hujung, mengambil masa lebih kurang seminggu untuk semua bunga membuka sepenuhnya.

e. Bunga 
Bunga adalah samada sejantina ( dalam bentuk monoecious atau diecious ) atau hermaphrodite. Lebih tinggi peratus bunga hermaphrodite maka makin tinggi hasil. Keamatan lindungan akan menggalakkan lebih bunga betina dan kurang bunga hermaphrodite.

f. Buah 
Buah adalah jenis beri atau pepauh bulat tak bergagang. Saiz buah di antara 4-6 mm. Setiap buah mengandungi satu biji benih yang dibaluti mesokarp (lapisan tengah berpulpa). Bila masak, esokarp (lapisan luar) bertukar warna dari hijau kepada kuning dan akhirnya merah terang. Bila dijemur, buah masak bertukar menjadi hitam. Biji benih mempunyai 3-4 mm garis pusat. Perisperma kaya dengan kanji dan minyak. Buah lada matang lebih kurang 6-9 bulan selepas berbunga. Setiap mayang menghasilkan 50-60  buah.
Gambar Rajah 2: Buah yang telah masak yang terdapat pada ranting











Thursday, July 4, 2013

Bentuk-Bentuk Getah dan Pemprosesan Getah Keping


Getah merupakan pertukaran pertukaran wang asing yang utama negara selain dari barang perkilangan, petroleum, minyak sawit dan koko. Walaupun kepentingannya telah berkurangan tetapi ia adalah sumber pendapatan kepada pekebun-pekebun kecil.

Bentuk-Bentuk Getah :
i. LATEKS ( Susu Getah )
  • Susu getah dalam bentuk cecair.
 Gambar Rajah 1: Lateks Baru yang dikeluarkan untuk pemprosesan

ii. CRUMB
  • Susu getah dibekukan /getah sekerap dicebis , dikeringkan  dan dipadatkan .
iii. KEPINGAN RSS (Rubber Smoke Sheet )
  • Getah yang telah diproses dimasukkan ke rumah asap.

  Gambar Rajah 2: Hasil Getah Keping Pengasapan
iv. SMR
  •  Getah Mutu Malaysia ( Standard Malaysia Rubber )
  • Menghadkan enam juzuk getah yang mempengaruhi sifat-sifat kuprum dan manganam, nitrogen dan bahan mudah ruap.
  • Getah Mutu Malaysia didaftarkan dengan label 'SMR'.
  • Gred-gred SMR adalah seperti berikut:-
  1. SMR 5L 
  2. SMR 5
  3. SMR 10
  4. SMR 20
  5. SMR 50 - Mengandungi paling banyak kotoran dari gred-gred yang lain SMR 5L.

Langkah-Langkah Memproses Getah Kering :

  • Basuh semua bekas sebelum digunakan.
  • Cairkan 1 bahagian lateks dengan 1 bahagian air bersih.
  • Tapis lateks dengan penapis 40 mesh dan 60 mesh.
  • Sukat 4.0 liter lateks dan masukkan ke dalam takung.
  • Cairkan asid formik 2.5% (60ml asid + 2240 ml air ) atau sudu (1 sudu besar asid + 2 tin Susu air ) untuk bekuan selam 0.5 jam.
  • Campurkan 40 liter lateks dengan cairan asid formik 2.5% , kacau rata dan buang buih.
  • Bila beku, masukkan sedikit air ke dalam takung dan biarkan bekuan terendam seketika.
  • Keluarkan bekuan dan tekan rata hingga menjadi separuh tebal asalnya.
  • Masukkan bekuan   melalui mesin licin (3 kali) hingga tebalnya menjadi 0.3 sm (1/8").
  • Masukkan kepingan getah melalui mesin bunga sekali.
  • Basuh bersi kepingan getah.
  • Sidai kepingan getah ditempat teduh dan bersih.
  • Basuh semua peralatan memproses selepas digunakan. 

  Gambar Rajah 3: Menunjukkan mesin licin yang digunakan dalam pemprosesan.

Kegunaan Getah :
  1. Tayar 
  2. Tiub
  3. Barangan dari lateks 
  4. Kasut
  5. Tali penarik jentera
  6. Perabot 
  7. Kain alasan / tikar 
  8. Pelekat 
  9. Saluran /paip
  10. Pemadam getah
  11. Gelang getah

Wednesday, July 3, 2013

Penyediaan ladang dan perparitan

Pembersihan kawasan :
Kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan dengan menggunakan jentera. Kayu-kayu yang ditebang dilonggokkan dan dibiarkan reput kerana pembakaran tidak digalakkan.

Pembinaan jalan ladang:
Kerja-kerja ini dilakukansebelum kerja-kerja membajak. Terdapat tiga jenis jalan yang disyorkan iaitu:-
  1. Jalan Besar berukuran 10m lebar.
  2. Jalan Kecil 8m lebar.
  3. Jalan Sempadan 5m lebar.
Pembajakan dan menanam kacng penutup bumi:
  • Pembajakan  dilakukan sebanyak tiga kali dengan menggunakan bajak piring, bajak sisir dan bajak putar.
  • Penanaman kacang penutup bumi hanya dilakukan untuk kawasan yang curam sahaja.
Membaris:
  • Pembarisan dilakukan mengikut arah timur -barat.
  • Keperluan kerja-kerja memancang ialah :-
  1. Pita ukur sepanjang 42m.
  2. Kayu pancang utama 1.5m panjang, 3sm garis pusat dan bercat putih di bahagian atas sebanyak 27 pancang sehektar.
  3. Kayu pancang biasa 1m panjang, 2-3sm garispusat sebanyak 1,100 pancang sehektar. 
  4. Satu pasukan memnacang terdiri seramai terdiri seramai 3 orang.
Menanam pokok pelindung-gliricidia 
  • Menggali lubang berukuran 15sm x 15sm x 15sm
  • Keratan yang sesuai ialah separa keras berukuran 60-120 sm panjang dan bergarispusat 4sm.
  • Keratan dicacak secara menegak dalam lubang.
  • Keratan akan tumbuh dalam masa 3 bulan di tanam. Mana-mana yang mati akn disulam.
  • Selepas 3 bulan pokok ditanam, pokok akan dibaja dengan baja Urea dan baja CIRP sebanyak 50-100 g/ pokok.
Sistem perparitan:
Terdapat 3 parit yang paling penting dalam kawasan koko iaitu:-

1. Parit Utama
  • Bertujuan untuk mengawal semua air larian dari ladang.
  • Kedalaman parit ialah 75 sm dan cerun 2%.
2. Parit Cawangan 
  • Bertujuan untuk mengumpul air dari parit barisan.
  • Kedalaman parit ialah 30-60sm dan cerun 2%.
3. Parit Barisan 
  • Bertujuan untuk mengelakkan air bertakung pada zon akar.
  • Kedalaman parit ialah 15-30sm dan lebar 27-30sm.
  • Dalam keadaan tertentu pintu air perlu dibina untuk mengawal air ketika musim hujan dan musim kemarau.
  • Pada kawasan kelapa parit ini dibina di setiap barisan koko.