Getah merupakan pertukaran pertukaran wang asing yang utama negara selain dari barang perkilangan, petroleum, minyak sawit dan koko. Walaupun kepentingannya telah berkurangan tetapi ia adalah sumber pendapatan kepada pekebun-pekebun kecil.
Bentuk-Bentuk Getah :
i. LATEKS ( Susu Getah )
- Susu getah dalam bentuk cecair.
ii. CRUMB
- Susu getah dibekukan /getah sekerap dicebis , dikeringkan dan dipadatkan .
- Getah yang telah diproses dimasukkan ke rumah asap.
Gambar Rajah 2: Hasil Getah Keping Pengasapan
iv. SMR
- Getah Mutu Malaysia ( Standard Malaysia Rubber )
- Menghadkan enam juzuk getah yang mempengaruhi sifat-sifat kuprum dan manganam, nitrogen dan bahan mudah ruap.
- Getah Mutu Malaysia didaftarkan dengan label 'SMR'.
- Gred-gred SMR adalah seperti berikut:-
- SMR 5L
- SMR 5
- SMR 10
- SMR 20
- SMR 50 - Mengandungi paling banyak kotoran dari gred-gred yang lain SMR 5L.
Langkah-Langkah Memproses Getah Kering :
- Basuh semua bekas sebelum digunakan.
- Cairkan 1 bahagian lateks dengan 1 bahagian air bersih.
- Tapis lateks dengan penapis 40 mesh dan 60 mesh.
- Sukat 4.0 liter lateks dan masukkan ke dalam takung.
- Cairkan asid formik 2.5% (60ml asid + 2240 ml air ) atau sudu (1 sudu besar asid + 2 tin Susu air ) untuk bekuan selam 0.5 jam.
- Campurkan 40 liter lateks dengan cairan asid formik 2.5% , kacau rata dan buang buih.
- Bila beku, masukkan sedikit air ke dalam takung dan biarkan bekuan terendam seketika.
- Keluarkan bekuan dan tekan rata hingga menjadi separuh tebal asalnya.
- Masukkan bekuan melalui mesin licin (3 kali) hingga tebalnya menjadi 0.3 sm (1/8").
- Masukkan kepingan getah melalui mesin bunga sekali.
- Basuh bersi kepingan getah.
- Sidai kepingan getah ditempat teduh dan bersih.
- Basuh semua peralatan memproses selepas digunakan.
Gambar Rajah 3: Menunjukkan mesin licin yang digunakan dalam pemprosesan.
Kegunaan Getah :
- Tayar
- Tiub
- Barangan dari lateks
- Kasut
- Tali penarik jentera
- Perabot
- Kain alasan / tikar
- Pelekat
- Saluran /paip
- Pemadam getah
- Gelang getah
bagaimana terhasilnya getah kentalan ?
ReplyDelete